Ahad, 1 Mei 2016

Maaf Bukan "Couple" yang ku pilih

Jauh di sana..
Kamu lihat..
Dua insan bermadu kasih
Dalam ikatan tiada halalnya

Jauh di sana..
Kamu lihat..
Mereka bermesraan
Berbalas pesanan ringkas mahupun
surat

Jauh di sana..
Kamu lihat..
Mereka ber ‘abang’ ‘sayang’
Bukan pada hak mereka

Semua itu indah bukan?

Namun semua itu..

jauh disana..

Ya!!

Semua itu jauh di sana..

Sesuatu yang kamu hanya mampu
lihat..
Di sana itulah syurga dunia yang
mereka cipta..

Janganlah kamu dekat apa yang jauh
itu!!

Itu bukan caranya!!
Biarkan ianya kekal jauh..

Di sini…
ku ceritakn…
Pertemuan kamu dan aku satu takdir
Terdetiknya cintaku untukmu
Jua satu takdir

Kadang-kadang aku menangis!
Aku ingin seperti mereka..
Bermadu kasih dengan mu yang ku
cintai

Ingin bermesra di sebalik pesanan
ringkas itu..

Namun di sebalik 1 sen kredit ku
untuk pesanan ringkas itu,
Wujud kesal di jiwaku

Ya!!

Aku ingin bermesra dengan mu atas
dasar cinta dari Ilahi
Namun seperti ada sesuatu
menyedariku

Membuatkan aku menangis
Membuatkan aku meratapi
Inilah yang menyedarkanku dari
lamunan

Benarkah perbuatan ku untuk
bermesra denganmu?

Benarkah tindakan ku atas cinta
anugerah Ilahi ini?

Allah…Allah….Allah…

Cinta itu amanah!

Aku bertanggungjawab atas semua itu

Sanggupkah aku mengkhianati
kesucian cinta itu?

Apa yang akan ku jawab di saat Sang
Ilahi bertanya akan amanah itu?!

Justeru!

Ku tegaskan diriku!

Ku bangkitkan kesegaran hati dan
iman ini!

Ku tinggalkan kamu yang aku cinta!

Demi Dia dan demi menjaga
maruahmu…

Sungguh…

sakit hati ini..

Perit dan pedih…

Dalam gelap malam
Air mata ini menitis..
Mengadu kerinduan dan kepedihan
ini

Aku yakin!
Dia sedang mendengar rintihan ini..

Aku yakin!
Kebahagiaan akan datang jua..

Kadangkala air mata menitis lagi
Mengenangkan dia yang ku lupakan
Lupa pada zahirnya..
Namun di hati, tidak akan pernah ku
lupakan..

Terpahat di hati ini

“Aku melupakanmu kerana Dia”

Aku melupakanmu..
Kerana kasih ini..
Air mata kian bercucuran di segenap doaku..
Melalui keperitan ini…

Namun kerana ku dahulukan Dia
sebelum dia..
Ku dahulukan cinta padaNya sebelum cinta padanya..

Mana mungkin ku katakan kasih dan
cinta padamu
Sedang aku memimpin tanganmu ke neraka…

Aku tidak ingin kamu hanyut dan
karam di lautan ini
Hidup ini pelayaran..

Musnahlah keindahan dan kemanisan iman itu..
Andai haram pencemarnya..

Benar di bibir ini menyatakan..

“aku melupakanmu”

Namun di hati dan di setiap doaku
Pasti ada kamu..
Cinta, kasih dan sayang ini fitrah..
Tapi ini caraku melaluinya..
Berbeza dengan pasangan lainnya
Aku tidak memilih untuk bermadu
kasih
Bermadu asmara di bawah rintihan
hujan

Namun…

Saat aku mencintaimu..

Aku serahkan semua urusan antara
aku dan kamu padaNya.
Aku memilih untuk mendekatiNya..
Kerana aku ingin, ukhwah ini suci dan ada barakah nya..

Penjagaan Dia terhadapmu adalah
yang terbaik
Cukuplah hanya Dia menjaga mu
Bukan aku yang kerdil ini..

Aku ingin bersama mu ke syurga..
Syurga itu mahal nilainya

Justeru bukan jalan murahan yang
harus di pilih
Biarlah hari ini, keperitan yang harus ku tempuh..

Bukan syurga dunia yang aku citakan
Namun syurga Allah itu yang ku impikan
Andai jodoh aku dan kamu, pasti kita akan bertemu...

Kan?

**********
# Artikel ini perkongsian ke inbox
emel Blog Aku Islam daripada Haziyatul
Najihah Hasin ( http://
haziyatulnajihah.blogspot.com/ ) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan