Ku Tinggalkanmu kerana
Allah s.w.t..
Sakitnya Hanya Allah s.w.t yang
Tahu..
Lantaran Kerana Takutkan
Azab Allah s.w.t..
Ku Biarkan Kesakitan
Merebak di Qalbuku..
Kerana ku tahu, Redha Allah s.w.t
yang akan merawatku...
Ku Tinggalkanmu Kerana
Allah s.w.t..
Kerana ku tahu diriku
tidak mampu..
Menjadi Sayap Kiri untuk
dirinya..
Apakan daya diriku..
Ku Tinggalkanmu Kerana
Allah s.w.t..
Kerana ku yakin dengan
Kehadiran diriku..
Hanya menjadi titik noda
Dalam Hatinya..
Kerna Iman ku turut
lemah..
Ku Tinggalkanmu Kerana
Allah s.w.t..
Kerana ku tahu bahawa
diriku..
Bisa meruntuhkan Imannya..
Kerana Perasaan yang ada
dalam diriku..
Melebihi kecintaanku Kepada
Yang Maha Kuasa..
Ku Tinggalkanmu Kerana
Allah s.w.t..
Hubungan yang tidak
halal..
Tidak Akan membawa
kebahagian dan ketenangan
Jiwa..
Bahkan membuatkan hati
lebih jauh Dari-Nya..
Ku Tinggalkanmu Kerana
Allah s.w.t..
Kerana ku lebih yakin..
Bidadari-bidadari yang
berada di sekelilingnya..
Lebih layak untuk menjadi
pendamping hidupnya..
Ku Tinggalkanmu Kerana
Allah s.w.t..
Hanya Allah Yang Maha
Mengetahui apa yang Aku
rasa..
Tidak mampu ku Ungkapkan
dengan kata-kata..
Hanya jari jemari yang
masih gagah meluahkan isi
hati..
Yang kian semakin
membengkak kerana
mengenangkan dosa-dosa...
Ku Tinggalkanmu kerana
Allah s.w.t...
Walau air mata deras
mengalir..
Akan Ku gagahkan jua untuk
menghadapi liku-liku
kehidupan..
Kerana ku tahu kematian
sering mengintai diriku
yang sering kealpaan..
Ku Tinggalkanmu Kerana
Allah. s.w.t..
Untuk Mencari Redha-Mu
Yang selama ini aku
tinggalkan...
Untuk Mensyukuri Nikmat-Mu
Yang selama ini Aku
Lupakan...
Ya Allah..
Aku Tinggalkan dia Kerana
Mu Ya Allah..
Kerana Sayangkan Dirinya,
Lalu Aku meninggalkan
dia..
Kerana Aku bimbangi,
lantaran Diriku yang Lemah
Jiwa..
menyebabkan dirinya juga
terpalit dosa..
Ya Allah..
Aku Tinggalkan dia Kerana
Mu Ya Allah..
Ku dapat melihat langkah-langkah penghijrahannya untuk mendapatkan Keredhaan-Mu..
Tetapi kehadiranku hanya
akan menjadi halangan di
perjalanannya..
Kerana aku masih lemah..
Ya Allah..
Bersihkan hatiku..
Bersihkan hatinya..
Aku tahu dengan keputusan
diriku ini akan
menyebabkan aku lebih
sengsara..
Tetapi itu sahaja jalan
terbaik untuk menyelamatkan
diriku dan dirinya..
Ya Allah..
Masukkanlah dirinya dalam
golongan hamba-mu Yang
bertaqwa..
Temukanlah dirinya dengan
pasangan yang setanding
dengan ketaqwaanya..
Melepaskan dirinya bukanlah
sesuatu yang mudah..
Tetapi ku yakin, dengan
Keredhaan Dari-Mu Ya Allah,
akan menguatkan dan
memudahkan jalanku...
Ya Allah..
Ampunkanlah segala dosaku
dan ibubapaku...
Ku tahu saat kematianku
semakin menghampiri...
Matikanlah aku dalam
sebaik-baik kematian..
Ya Allah..
Kuatkanlah hatiku dalam
menghadapi segala Ujian
dari-Mu..
Peliharalah hatiku dan
imanku..
Peliharalah hati dan
imannya..
Kerana ku tahu..
Engkaulah Sebaik-baik
Penjaga dan Pemelihara..
**********
# di petik dari ( http://islam88-adib.blogspot.com/ )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan